SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN SAUJANA IMPIAN
KM 22,JALAN CHERAS,43000
KAJANG,
SELANGOR

INILAH SEKOLAH SAYA
DISEDIAKAN OLEH: MAZIKRY ZUHAIRI BIN MAZDHEE
KELAS: 1 KUALITI
NAMA GURU: PUAN NORZAKMAR BINTI NUR HALIM
|
SEJARAH SEKOLAH
|
1
|
|
LOKASI
|
2
|
|
PELAN SEKOLAH
|
3
|
|
ORGANISASI SEKOLAH
|
4
|
|
VISI DAN MISI SEKOAH
|
5
|
|
LAGU SEKOLAH
|
6
|
|
PERATURAN SEKOLAH
|
7
|
|
TUJUAN PERATURAN SEKOLAH DIADAKAN
|
8
|
|
PENCAPAIAN SEKOLAH DALAM BIDANG
AKADEMIK
|
9
|
|
PENCAPAIAN SEKOLAH DALAM BIDANG
KOKURIKULUM
|
10
|
|
HARAPAN SAYA TERHADAP SEKOLAH
|
11
|
|
SUMBANGAN YANG TELAH ATAU AKAN SAYA
LAKUKAN
UNTUK SEKOLAH
|
12
|
|
PENGHARGAAN
|
13
|
|
RUJUKAN
|
14
|
SEJARAH SEKOLAH
Tersergam indah menggamit memori hidup dan perjalanan sebuah
institusi moden demi melahirkan warganegara yang berakhlak mulia, berilmu dan
berbakti. SMK Saujana Impian, Kajang nama diberi sinonim dengan nama kawasan
perumahan yang dibina oleh Syarikat Negara Properties Sdn. Bhd iaitu Taman
Saujana Impian.
Dibina
di atas tapak yang berkeluasan 396,017 kaki persegi. Terletak di antara
ratusan deretan rumah teres dua tingkat di KM 22 , Jalan Cheras di satu
persimpangan lebuh raya Cheras Semenyih. Reka bentuknya menggarap gabungan reka
bentuk moden dan tradisional bagi menonjolkan ciri-ciri mesra murid.
Terdiri daripada empat blok bangunan
tiga dan empat tingkat yang mengelilingi sebuah dataran perhimpunan yang luas (
Dataran Gemilang ). Blok utama di bahagian hadapan adalah blok pentadbiran yang
dinamakan Blok Abu Bakar terdapat pejabat pentadbiran, bilik guru, bilik
kesihatan, bilik peperiksaan, pusat sumber, bilik komputer dan makmal bahasa.
Dua blok akademik bersebelahan pula diberi nama Blok Zaaba dan blok Burhanuddin
Helmi yang terdapat 34 bilik darjah dan sebuah koperasi dan bilik kaunseling.
Blok berhadapan Blok Abu Bakar adalah blok Ibnu Sina yang menempatkan enam
bilik makmal sains, bilik pendidikan jasmani, bilik geografi/sejarah, SPBT,
bilik pendidikan seni dan bilik mesyuarat Saujana Harmoni.
Selain blok utama terdapat blok yang
berasingan dibina untuk memenuhi keperluan pelajar. Bahagian hadapan pintu
besar terdapatnya pondok jaga, rumah pam dan kantin sekolah. Bahagian
belakangnya terdapat Bengkel Kemahiran Hidup dan surau sekolah serta sebuah
rumah persalinan. Kemudahan sebuah padang permainan dan gelanggang bola
keranjang juga disediakan. Pembinaan infrastruktur sekolah memberikan suasana
yang kondusif kepada warga SMKSI untuk menimba ilmu. Tambahan pula ianya di
kelilingi dengan kehijauan lanskap telah menambahkan keceriaan sekolah yang
berkonsepkan mesra murid.
Detik permulaan 1 Disember 2001
merupakan tarikh bersejarah lahirnya sebuah institusi pendidikan di daerah Hulu
Langat, Selangor. SMK Saujana Impian ini telah mula beroperasi dengan
pelantikan pengetuanya yang pertama iaitu Hajah Asma binti T.K. Ab. Rahman.
Sekolah tidak dapat beroperasi sepenuhnya di bangunan sendiri maka peringkat
awalnya terpaksa menumpang di SK Saujana Impian yang berada di hadapan dengan
sekolah menengah. Bermula dengan 7 buah kelas terdiri daripada 133 murid. 33
orang pihak pengurusan, seorang kerani, seorang pekerja am dan 21 orang guru.
Sekolah ini beroperasi secara menumpang selama 6 bulan.
Alhamdulillah, setelah puas menunggu
akhirnya, siap juga dan pada 1 JUN 2002 , SMK Saujana Impian mula beroperasi
sepenuhnya. Bilangan pelajar bertambah iatu 370 orang apabila sebahagian murid
tingktan 2 dari SMK Abd Aziz Shah, Cheras mula belajar di sekolah ini. Kini
pada tahun 2002, bilangan pelajar semakin meningkat kepada 670 orang yang
tediri daripada 9 kelas tingkatan 1, 7 kelas tingkatan 2, 6 kelas tingkatan 3,
dan 2 kelas tingkatan 4, manakala bilangan guru bertambah menjadi 59 orang.
Namun apa yang dibanggakan, dalam usia setahun jagung, sekolah ini mampu
menubuhkan sebuah koperasi sekolah SMK Saujana Impian Sdn. Bhd dan pembentukan
PIBG sekolah serta mempunyai sebuah Taman Sumber Sains yang indah.
Dengan berbekalkan visi ketika itu
iaitu ke arah melahirkan insan berakhlak cemerlang, akademik gemilang seluruh
warga sekolah bertungkus lumus untuk meletakkan SMK Saujana Impian tempat
teratas di kalangan sebuah sekolah menengah harian di daerah Hulu Langat ini.
Senarai Pengetua bertukar ganti di
mana Pengetua yang kedua ialah Encik Nik Mat bin Nik Man yang kini menjadi
Pengetua di Sekolah Menengah Tinggi Kajang ,seterusnya Puan Hajah Basinah binti
Haji Taib,yang sudah bersara dan kini Pengetua SMK Saujana Impian ialah Puan
Hajah Zaiton binti Ismail.
Pentadbiran dibantu oleh barisan pentadbir yang didahului
oleh Encik Shamsudin bin Jusoh sebagai Penolong Kanan Kokurikulum,Puan Amrah
binti Mohd Daud ,Penolong Kanan Petang,Puan Hajah Zamnah binti Hj
Jiman,Penolong Kanan Ko Kurikulum dan Encik Mohd Daud bin Adan, Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid
LOKASI
SEKOLAH MENENGAH SAUJANA IMPIAN:
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SAUJANA
IMPIAN,SAUJANA IMPIAN ,KM 22,JALAN CHERAS,43000 KAJANG,SELANGOR DARUL EHSAN
HARAPAN SAYA TERHADAP SEKOLAH
1.KESELAMATAN DI SEKOLAH
Dari segi keselamatan di sekolah saya
Harapkan agar keselamatan murid murid sekolah menengah kebangsaan saujana
impian supaya terjamin dan sihat wal’afiat,insya’AllAH
2.KECERIAAN SEKOLAH
Dari segi keceriaan sekolah,saya
harapkan agar semua murid murid bekerjasama dengan semua para guru untuk
melakukan dana untuk menceriakan sekolah supaya kelihatan lebih cantik dan
menjadi tarikan orang ramai
3.KEBERSIHAN SEKOLAH
Dari segi kebersihan sekolah ialah
saya harapkan agar seluruh kelas bekerjasama dengan ketua kebersihan agar
membersihkan kelas tanpa bantahan dan secara bersungguh-sungguh supaya dihargai
oleh orang lain dan untuk diri kita sendiri
LAGU SEKOLAH
KAMI WARGA BERWAWASAN
SMK SAUJANA IMPIAN
BERSATU BERPADU MELAHIRKAN INSAN
MATLAMAT KAMI JADI PEGANGAN
BERAKHLAK BERILMU BERBAKTI
BERSAMA MENUJU ARAH GEMILANG
PERPADUAN MENCIPTA HARMONI
TERCIPTA IMPIAN CEMERLANG
PADA AGAMA BANGSA DAN NEGARA
KAMI MENDUKUNG HASRAT YANG MULIA
SIAP SEDIA KAMI SETIA
MENJAMIN HIDUP BAHAGIA
KAMI BERJANJI MENJUNJUNG TINGGI
MATLAMAT BANGSA TERSEMAT HARAPAN
BERKAT DOA PADA MU ILAHI
UNTUK SMK SAUJANA IMPIAN
PERHARGAAN
TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN KEPADA
CIKGU NORZAKMAR KERANA MEMBERI IDEA UNTUK MENGHASILKAN FOLIO SIVIK INI,SELAIN
ITU,TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA KEPADA ADIK BERADIK SAYA IAITU
MAZLIRA,MAZUWAN,MAZLINY KERANA MEMBERI SOKONGAN UNTUK MENGHASILKAN FOLIO
SEPANJANG CUTI PENGGAL 2 MINGGU INI
TERIMA KASIH!!!!!
🥺👍🏻
ReplyDeleteAku taktau pun dulu ada nama kelas kualiti aku dulu aspirasi harmoni tu jela nama kelas aku ingt😂😂😂
ReplyDelete